Sehingga 2018, Suria FM merupakan salah satu daripada 5 stesyen radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia. Stesen radio ini berada di bawah Kumpulan Radio Media Star, sebuah syarikat milik Star Media Group Berhad.

Siaran ini menampilkan gabungan lagu kegemaran tempatan sepanjang masa dan lagu-lagu hits teratas carta dengan beberapa lagu Indonesia dan K-pop terkini.
Frekuensi Suria FM Di Setiap Negeri Seluruh Malaysia
Pada masa kini, siaran radio ini hanya boleh didapati di bahagian Semenanjung Malaysia sahaja setelah stesen radio ini menamatkan penyiaran di di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 November 2019.
Selain itu, radio ini juga boleh didengar dari Singapura.
Bagi yang ingin mendengar stesyen radio Suria, anda boleh menukar frekuensi radio anda kepada frekuensi-frekuensi berikut:
Frekuensi | Lokasi / Negeri | Pemancar |
---|---|---|
105.3 MHz | Klang Valley | Gunung Ulu Kali |
106.9 MHz | Perlis, Kedah and Penang | Gunung Jerai |
91.7 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
96.0 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
107.0 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
88.5 MHz | Melaka dan Utara Johor | Gunung Ophir |
101.4 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapor | Gunung Pulai |
96.1 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
102.4 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung |
106.1 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
Bagi yang memiliki UnifiTV, anda boleh ke siaran 956 untuk mendengar Suria FM.

Penyampai / DJ
Suria FM juga pernah dibarisi dengan nama-nama besar penyampai radio tanah air seperti Halim Othman dan Adibah Noor.
Senarai DJ dan penyampai radio stesen ini pada masa kini adalah:
Shuib Sepahtu
Ajak
Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)
Feeya Iskandar
Sharifah Shahirah (Rara)
Segmen / Program Harian
Stesen radio ini juga mempunyai pelbagai segmen dan program untuk pelbagai lapisan umur dan konten-konten segar buat hiburan seisi keluarga.
Tagline
Ini sesuai dengan tagline stesen radio ini iaitu “Segalanya Hiburan”.
Berikut merupakan segmen-segmen yang terdapat di stesen radio ini:
60 Minit Muzik Tanpa Henti
Morning Morning Suria
Gaya Suria
Suria Petang
Muzik Top Suria
Refleksi Di Suria
Suria Cinta
Carta Suria Top 40
Hello Suria
Carta Rockmantika
Suria Pagi Show Bersama Anna J
Info Trafik d Di Suria

