• Home
  • Selebriti
  • 10 Peristiwa Epik Dalam Sejarah Malaysia Ini Mesti Menarik Kalau Diadaptasi Ke Filem

10 Peristiwa Epik Dalam Sejarah Malaysia Ini Mesti Menarik Kalau Diadaptasi Ke Filem

2. Rompakan jongkong emas di gudang kargo lapangan terbang antarabangsa subang pada 31 Ogos 1994 yg dilakukan ketika negara sibuk dengan sambutan hari kemerdekaan.

Sekumpulan suspek yg menyamar sebagai anggota polis berjaya melarikan sejumlah jongkong emas yg dianggarkan bernilai lebih rm12 juta.

3. Rompakan mikrocip di gudang Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung pada 2006 yang dilakukan hasil penyamaran sebagai anggota penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan penyalahgunaan dadah.

 
Sebanyak 20 individu ini berjaya melarikan 2 buah lori kontena yg dianggarkan bernilai
rm40 juta – rm50 juta.

Nota Ringkas: ketiga2 kes rompakan ini masih dalam siasatan/tutup kes/pending disebabkan kekurangan bukti dan saksi.

4. Pegawai eksekutif bank yg dituduh songlap 1sen pada setiap pemilik akaun dengan memanipulasi sistem hingga bergelar jutawan pada tahun 1990. Dilaporkan jumlah kerugian sebanyak rm4 juta.

Benda ni pun boleh kantoi lepas pelaku masuk satu rancangan TV3 iaitu Sekapur Sirih sambil tayang kereta mewah milik dia (masa ni dia dah berhenti kerja bank). Kebetulan pula bos bank yg di kerja tu tengok tv, terkejut la kawan.

Ex-staff gaji rm1800 ja tapi ada koleksi kereta mewah. Bila dibuat audit dalaman dan buat audit dalaman. Dipendekkan cerita, pelaku dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 3 bulan.
Lepas keluar penjara pelaku merantau keliling dunia, berkhidmat dengan pelbagai syarikat IT di beberapa agensi luar negara (cerita pelaku)

Atas tu versi cerita yg tersebar dari mulut ke mulut kalau ikut versi pelaku, sedikit berbeza.
Katanya, dia tak curi pun 1 sen setiap akaun, dia hanya manipulasi sistem, pinjam amount sekian² dan kemudian duit tu dijadikan fund untuk buat duit dan beranakkan duit
Kemudian fund yg dipinjamkan dikembalikan tanpa kurang walau sesen. Katanya sebab itula tuduhan yg disabit padanya tak berat. Untuk versi dari mulut pelaku ni korang boleh cari video temubual dia di internet.

5. Siaran Piala Dunia pada tahun 1982 di RTM yg ditaja oleh rakyat Malaysia melalui ‘crowdfunding’. Segalanya bermula bila RTM umum hanya mampu siarkan perlawanan pembukaan, separuh akhir dan final sahaja disebabkan kekurangan dana.

Rentetan daripada peristiwa ni, ada seorang rakyat Malaysia dah buat satu panggilan di stesen radio dan mencadangkan buat kutipan rm1 dari tiap rakyat Msia utk tajaan siaran.

RTM memberi maklum balas bahawa mereka berkemampuan menyiarkan perlawanan secara langsung sekiranya berjaya kumpul sebanyak RM60k. Maka sebuah tabung yg diberi nama People’s Live Telecast Fund (PLTF). Dan dalam sekelip mata tabung PLTF berjaya kumpul lebih dari sasaran iaitu sebanyak RM300k.

6. Tragedi Bright Sparkles Firework Disaster
pada 7 Mei 1991 di Sungai Buloh.

Tragedi kebakaran kilang mercun hingga menyebabkan kawasan sekitar saling tak tumpah seperti di medan perang hingga digambarkan oleh pengamal media sebagai.”Hiroshima Sungai Buloh”.
Pertama kali dalam sejarah negara terpaksa berhadapan dengan tragedi kebakaran dan letupan yg berkait bahan kimia. Rentetan dari peristiwa ni membawa kepada tertubuhnya unit HAZMAT di Jabatan Bomba.

7. Konfrontasi Indonesia – Malaysia atau dalam kata lain nya Ganyang Malaysia.
Haa, untuk topik ni susah sikit nak buat ringkasan sebab bermacam peristiwa, siri serangan dan pencerobohan.

Tempoh berlangsung pun agak panjang dalam 5-7 tahun, ada yg kata start tahun 1961, ada yg kata 1962 ada yg kata 1963. Tapi yg pastinya bibik² konfrontasi mula dilihat lepas Tunku nyatakan hasrat untuk tubuh Malaysia iaitu gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

8. Pelayaran Solo Azhar Mansor mengelilingi dunia pada 2 Februari 1999 bersama misi menamatkan pelayaran dalam tempoh kurang dari 100 hari untuk memecah rekod dunia.

Walau bagaimana pun, selepas beberapa kejadian yg tidak diingini seperti tiang layar patah, dibadai ribut dan berhadapan dgn situasi angin mati menyebabkan misi beliau sedikit tergendala dari matlamat asal.

Dan akhirnya pada 11 Ogos 1999 beliau berjaya menamatkan pelayaran sejauh 21,760 batu nautika selama 190 hari 6 jam, 57 minit dan 2 saat.

9. Banjir besar Kuala Lumpur 1971.
Banjir yg berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengisytiharkan darurat.

Banjir hanya surut seminggu kemudian lepas mengorbankan 57 orang dan menyebabkan kerugian harta benda kira-kira RM84.7 juta.

Dikatakan banjir besar ni seolah menyucikan kekotoran negara kerana berlaku sejurus selepas tragedi hitam negara iaitu Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.

10. Tsunami Aceh 2004, rentetan daripada kejadian gempa bumi yg berlaku di dasar lautan berdekatan Sumatera, Banda Aceh yg dianggarkan bermagnitud 9.1 hingga 9.3.

Tragedi yg mencetuskan gelombang Tsunami ke 14 buah negara, mengorbankan sebanyak ±230k orang, dan nilai kerugian harta benda sebanyak $15 billion.

Dikatakan arus air yang digerakkan itu adalah selaju 500 batu sejam, berselerak keseluruh pelusuk lautan hindi dengan keluan jet. Negara kita tak terlecuali bila gelombang tsunami in menerjah pantai Pulau Pinang dan selatan Kedah hingga mengakibatkan 67 jiwa terkorban dan 300 orang cedera.

Ok cukup, kalau ikutkan banyak lagi peristiwa yg “best dan epik” tapi rasanya cukup lah setakat ni. Korang kalau ada apa², silalah tambah diruangan komen.

DISCLAIMER: Gambar² diambil di google, jika kalian pemilik gambar, minta jasa baik pm untuk kredit.

#Peristiwa #Epik #Dalam #Sejarah #Malaysia #Ini #Mesti #Menarik #Kalau #Diadaptasi #Filem

SHARE THIS POST

Air alkali memiliki ph yang lebih tinggi daripada air biasa, biasanya antara 7,5 hingga 9,5. Permohonan rumah kos rendah malaysia secara online. Tempat menarik di penang yang percuma.