Tanda Influenza & Selsema Lebih Kurang Sama

Tanda-tanda influenza seakan sama dengan demam selesema, tapi ibu bapa jangan mudah keliru! Influenza membawa bahaya dan harus dikesan dengan cepat.

Ramai ibu bapa masih lagi keliru dan tidak dapat membezakan tentang tanda tanda influenza dengan demam selsema biasa. Asal anak mula demam dan selsema terus kita bagi paracetamol dan ubat selsema tanpa mengetahui anak sebenarnya dijangkiti influenza. 

Dan ramai juga yang tak tahu influenza ini ada pelbagai jenis. Paling biasa dijangkiti adalah influenza A dan influenza B, Apa itu influenza A dan B?

Sebelum itu kami ingin kongsikan pengalaman seorang ibu di Sarawak ini mengenai kisah apabila kedua-dua anak gadisnya Hana dan Bella serta dirinya sendiri telah terjangkit virus influenza A selepas menunjukkan tanda tanda influenza.

Kredit: Tangkapan gambar post dari laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

8 Feb, 1 petang –  Bangun tidur, badan Bella panas. Ibu ingatkan demam biasa lalu beri Paracetamol. Dekat pukul 4 petang, badan Hana pula yang panas. Ibu terus beri Paracetamol dan membawa kedua-dua anaknya ke klinik kanak-kanak Hospital KPJ.

Doktor kata, ia cuma demam biasa dan anak tidak perlu makan antibiotik sebab tekak tidak nampak merah.

7 – 8 malam, suhu kedua-dua anak semakin tinggi, jadi ibu masukkan ubat cucuk dubur (Voltaren). Tetapi suhu badan tidak turun banyak juga.

9 Feb – Pukul 12 malam suhu Bella semakin tinggi. Dah dilap badan dengan air, suhunya masih tidak turun dan Bella mula mengadu sejuk. Kali ini ayah yang bawa ke klinik dan doktor masukkan ubat cucuk dubur (PCM) sebelum balik ke rumah lagi.

Pukul 4 pagi, suhu Hana pula yang mencecah 39.9°C. Ibu tidak sangka anaknya yang satu lagi demam tinggi kerana dia anaknya tidur lena sahaja. Terus masukkan ubat cucuk dubur dan pecut semula ke hospital KPJ.

Hana muntah air yang banyak sebelum sampai ke KPJ. Dia sangat diam dan tidak berbunyi sehingga ibu bapanya keliru dan takut. Sampai di KPJ terus admit.

Baca juga: 6 Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil

Isi Kandungan

Demam Tak Kebah Antara Tanda Tanda Influenza

tanda-tanda influenza, virus influenza A, apa itu influenza a dan b

Keputusan ujian yang telah dilakukan pada Bella selepas melihat tanda-tanda influenza. Sumber gambar: laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

Hari pertama di KPJ, Bella dan Hana dua-dua diberi drip air dan antibiotik. Demam mereka masih belum reda.

Sampai tengahari, ibu pula yang rasa terjangkit dengan suhu badan sampai 40.6°C. X-ray tidak menunjukkan sebarang masalah tetapi keputusan ujian menunjukkan jangkitan.

Nasib ada seorang kawan Facebook yang memberi komen mengatakan tanda-tanda Bella dan Hana seakan-akan macam tanda-tanda influenza. Mula-mula doktor kata bukan tetapi selepas desakkan ibu, doktor bersetuju melakukan ujian influenza untuk Bella.

Ujian “Nasal Swab” dilakukan kerana virus influenza tidak dapat diuji melalui darah. Sampel diambil dari hidung dan tekak dan 1-2 jam kemudian, keputusan ujian Bella positif virus influenza A!

Ujian yang sama dijalankan atas Hana dan ibunya. Rupa-rupanya demam mereka bertiga-tiga yang tidak reda itu adalah tanda-tanda influenza. Keputusan ujian mereka bertiga positif Influenza A!

Apa Itu Influenza A dan B

tanda-tanda influenza, virus influenza A, apa itu influenza a dan b

Sumber gambar: laman Facebook Bella’s LittleBox Sarawak

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail (Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik), Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza yang mudah berjangkit.

Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya boleh membawa maut.

Di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak influenza berlaku dari Oktober – Januari dan April – Jun. Antara jenis-jenis influenza yang biasa berlaku di sini adalah influenza:

  • Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya
  • Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya
  • Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik
  • Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku, bukan epidemik

TandaTanda Influenza Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Tanda Influenza & Selsema Lebih Kurang Sama, Ramai Ibu Bapa Keliru! Seorang Ibu Kongsi Pengalamannya...

Kredit: freepik.com

Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema. Influenza juga berlaku mengikut musim.

Biarpun tanda-tanda hampir sama dengan selesema biasa kerana ia juga menjejaskan saluran pernafasan atas, bezanya virus influenza boleh berlaku dengan cepat dan memberi kesan yang lebih teruk.

Ibu bapa perlu menghubungi doktor dengan segera jika anak atau anda mengalami:

  • Demam panas yang berlarutan
  • Sukar bernafas atau nafas pendek
  • Kulit bertukar menjadi biru
  • Sukar minum air
  • Kelihatan keliru atau mengalami sawan
  • Mengalami simptom yang berulang
  • Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain)

Rawatan Selepas Anak Menunjukkan Tanda-Tanda Influenza

tanda tanda influenza

Hana, Bella dan ibu mereka semua diberi ubat antiviral TamiFlu, terpaksa diwad dan dipantau beberapa hari kerana suhu badan yang sangat tinggi. Ubat antiviral boleh memberi kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius.

Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor. Mereka terpaksa diwad dan dipantau beberapa hari kerana suhu badan yang sangat tinggi.

Selepas beberapa hari, suhu badan mereka turun dan mereka dibenarkan pulang ke rumah sambil sambung makan ubat antiviral Tamiflu.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua ibu bapa. Jangan kelirukan selesema dengan jangkitan virus influenza! Kami di Hayda Valley berharap mereka akan sembuh sepenuhnya dengan cepat!

Tanda Influenza Selsema Lebih Kurang Sama Ramai Ibu Bapa Keliru Seorang Ibu Kongsi Pengalamannya..

SHARE THIS POST

Does insurance cover cancer treatment malaysia ?. Best bobcat skid steer loader deals sierracodebhd. Jasa pasang paving block.