7 Resepi Kek Air Fryer Yang Simple & Sedap

Resepi kek air fryer yang mudah dan menjadi patut dicuba oleh ibu-ibu di rumah. Anda juga boleh ajak anak baking sekali!

Cuti sekolah atau hujung minggu merupakan waktu yang paling sesuai untuk ibu ayah bonding bersama anak-anak. Jika anda tidak merancang untuk kemana-mana, apa kata buat aktiviti baking di rumah. Kami kongsikan beberapa resepi kek air fryer yang mudah dan konfem menjadi.

Dengan kemudahan kini, anda tidak perlu risau jika tiada ketuhar (oven) untuk membuat kek. Hal ini kerana menggunakan air fryer sahaja pun kek sudah menjadi. Lebih puas hati bila buat sendiri untuk dijamu seisi keluarga.

Resepi kek guna air fryer yang mudah

1. Resipi kek pelangi

Bahan-bahan untuk kek air fryer:

  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung penaik (blue key)
  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan kek air fryer:

1. Pukul mentega dan gula kastor (saya guna mixer) hingga nampk keputihan.
2. Masukkan telur satu persatu, guna mixer perlahan (no 1). Letak esen vanila 1 sudu kecil.
3. Masukkan tepung blue key sedikit demi sedikit. Guna mixer perlahan atau senduk kayu kacau sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada merah, hijau dan kuning (warna asal). Masukkan ke dalam loyang 6 inci secara selang seli. Tutup loyang dgn aluminium foil.
5. Sebelum masukkan loyang, panaskan AF 10 minit, 160°c.
6. Setelah masukkan loyang dengan suhu 160°c selama 30 minit, buka aluminium foil. Kemudian saya tambah 10 minit lagi (ikut kesesuaian AF masing-masing). Siap untuk dimakan panas-panas.

2. Resipi kek pisang air fryer

Resepi kek pisang air fryer

Resepi kek pisang air fryer amat mudah untuk ibu cuba. Paling penting adalah pemilihan pisang yang masak bagi mendapatkan rasa asli dan manis.

Bahan-bahan untuk resepi kek guna air fryer:

Ayak:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 sudu kecik soda bikarbonat

Blend:

  • Pisang 6 biji (saiz kecik)
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan gula (kurangkn kalau pisang manis)
  • 2 biji telur

Cara penyediaan untuk resepi kek guna air fryer:

  1. Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend.
  2. Sapu butter bekas baking.
  3. Tabur pisang hiris dan coklat chip bagi menambah selera.
  4. Masak suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L)

3. Resipi kek brownies milo

resepi kek air fryer mudah

Bahan-bahan untuk resepi kek:

  • 1 cawan serbuk Milo
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 biji telur
  • Kacang badam/cip coklat (hiasan)

Cara buat kek:

  1. Kacau manja-manja kesemua bahan tu, letak di dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar dalam ‘air fryer’ suhu 180°c 15 minit.

4. Resipi cheesecake air fryer

Cara buat kek air fryer

Bahan-bahan resepi kek:

  • 250gm cream cheese tatura:
  • 2 biji telur
  • 3 sudu gula (kalau nak manis lebihkan)
  • Tepung gandum 3 sudu besar penuh
  • 1 kotak kecil Full Cream Milk Dutch Lady
  • Esen vanilla sedikit

Cara buat kek: Kisar semua hingga sebati n halus. Saya bakar dalam loyang 7 inci. Suhu 180°c 25 minit.

5. Resepi kek marble paling senang

suhu kek air fryer

Bahan A

  • 2 cawan tepung self raising (diayak)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1 sudu besar ovalate
  • 5 biji telur- suhu bilik 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B

  • 150 gram marjerin (Cairkan dan dibiar sejuk)

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan A. Putar sampai putih pucat dan berhenti. Campurkan marjerin cair guna kaedah kaup balik. Gaul sampai sebati.
  2. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu warna putih dan satu lagi letak serbuk koko sikit.
  3. Kacau bahagian tepung secara kaup balik. Jangan terlebih kacau nanti tepung boleh mendap.
  4. Sapu loyang dgn marjerin. Letak adunan selang seli. Siap utk dibakar.
  5. Suhu air fryer 160 dan masa 30 minit @ sehingga masak

6. Resipi kek coklat moist

resepi kek simple air fryer

Bahan-bahan resepi kek simple:

  • 110 gram tepung gandum
  • 180 gram gula
  • 60 gram serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 3/4 sudu teh baking soda

Cara penyediaan:

1. Panaskan terlebih dahulu air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.
2. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul rata. (Tepung gandum, serbuk koko, garam, baking powder, baking soda)
3. Masukkan gula dan gaul rata.
4. Masukkan susu,telur, minyak masak, esen vanila dan gaul sebati .
5. Masukkan air suam. Akan nampak cair tapi jangan risau. Teruskan gaul sampai sebati.
6. Tuang ke dalam loyang 6 inchi yang sudah dilapik kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu mentega/minyak masak. Pastikan bahagian kilat di dalam. Tebuk lubang pada permukaan supaya membolehkan kek bernafas dan mengeluarkan wap dan mengekalkan kelembapannya
7. Bakar 1: 160°C 35 minit
Selepas bakar 1, keluarkan loyang dari bakul air fryer untuk membuka aluminium foil. Masukkan loyang balik ke dalam air fryer
Sambung bakar 2: 160°c 10 minit
8. Selepas bakar 2, rehatkan kek di dalam air fryer sebelum keluarkan untuk menstabilkan suhu kek
9. Keluarkan kek dari air fryer dan rehatkan kek sampai sejuk sebelum potong dan dihidangkan

7. Resipi kek gula hangus

cara buat kek air fryer

Bahan-bahan resepi kek simple:

Bahan A

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin

Masak gula hingga keperangan. Kemudian, masukkan air panas dan mentega. Tunggu hingga gula betul-betul larut. Ketepikan.

Bahan B

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung gandum
  1. Pukul telur jangan terlalu kuat, kemudian masukkan susu pekat, esen vanila dan tepung serta soda bikarbonat yang telah diayak. Gaul rata.
  2. Satukan bahan A ke dalam bahan B. Letak dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin/boleh alas dengan baking paper.
  3. Preheat air fryer selama 8 minit. Bakar kek selama 20-25 minit suhu 160°c.

Untuk resepi ni, saya guna loyang 6 inch. Lepas bancuh, saya biarkan adunan selama 30 minit sebelum dibakar. Hasilnya sangat memuaskan.

Resepi Kek Air Fryer Yang Simple Sedap Ibu Boleh Ajak Anak Buat SamaSama

SHARE THIS POST

Permohonan & semakan bantuan ibu bersalin (bib) online. Best bobcat skid steer loader deals sierracodebhd. Harga borongan pasang kanstin tahun 2024.